CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 31, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Dalam pos ini, saya akan meggunakan Bahasa Malaysia kerana saya berasa saya perlu menghormati kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan kita.

Pada hari ini, negara kita telah menyambut hari jadinya yang ke-51. 51 tahun bukan satu jangka masa yang pendek tetapi ia juga bukan satu jangka yang panjang. Jika dikira mengikuti umur manusia, seseorang yang sudah berumur 51 tahun sepatutnya sudah mempunyai satu keluarga yang sempurna serta sudah mula membuat perancangan untuk kehidupan selepas bersara. Untuk sebuah syarikat pula, jikalau ia dapat bertahan selama 51 tahun, ia pasti merupakan satu syarikat yang sangat berdaya saing serta telah diketuai oleh ahli-ahli jawatankuasa yang bijaksana. Ini kerana biasanya setiap syarikat akan mengalami krisis sama ada dari segi kewangan ataupun dari segi yang lain setiap 10 tahun. Tetapi, untuk sebuah negara, 51 tahun boleh dikira sebagai satu jangka yang agak pendek. Kita mesti tahu kebanyakan negara yang maju di dunia ini telah berusia lebih 100 tahun. Sebagai contoh, Amerika Syarikat telah mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun dahulu.

Walau bagaimanapun, bolahkah kita sebagai warganegara Malaysia menggunakan alasan ini sebagai sebab negara kita masih belum mencapai taraf negara maju serta rakyatnya masih belum dapat bersatu padu?

Memang tidak boleh dinafikan dari segi pembangunan fizikal, negara kita telah mencapai pelbagai kejayaan. Dengan bagganya saya boleh memberitahu dunia ini bahawa negara Malaysia mempunyai infrastruktur yang moden. Kita mempunyai Bangunan Berkembar Petronas, iaitu bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. Selain itu, kita mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan antara lapangan terbang yang tercantik, termoden dan terbaik di dunia. Tidak ketinggalan juga Putrajaya, bandar pentadbiran negara kita yang baru, Menara KL, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi. Semua ini merupakan tanda negara kita sedang menuju ke arah kemajuan.

Akan tetapi, bangunan-bangunan tersebut telah didirikan pada tahun 1990-an. Setelah menjejak ke abad ke-21, sudah jarang kita mendengar tentang projek-projek mega sebegini. Ini kerana pihak kerajaan sedang berusaha mengurangkan defisit negara. Selain itu, pihak kerajaan juga telah lebih menumpu ke atas sektor-sektor yang lain, iaitu sektor yang boleh membawa faedah kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sekumpulan rakyat sahaja. Ini terbukti dengan pelancaran pelbagai koridor pembangunan pada tahun lepas. Sebagai contoh, Koridor Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Utara, Koridor Pantai Timur, Koridor Pembanguan Sabah dan Koridor Tenaga Alternatif Sarawak. Semua ini pasti akan membawa faedah yang banyak kepada mereka yang terlibat dan seterusnya membantu pembangunan negara.

Walaupun pelbagai dasar telah dilancarkan oleh kerajaan, mampukah kita mencapai apa yang ditentukan dalam Wawasan 2020? Mampukah kita bolah mancapai kejayaan dalam era globalisasi ini? Bolahkan kita mendapat semula gelaran ‘Harimau Asia’ yang kita dapat pada tahun 1970-an? Semuanya akan ditentukan oleh rakyat Malaysia.

Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, adakah kita telah terlalu lewat untuk berbincang tentang perpaduan kaum? Ataupun kita masih terlalu awal untuk berbincang tentang isu ini? Pada pendapat saya, kita sepatutnya sudah mencapai perpaduan kaum pada masa ini. Selepas Peristiwa 13 Mei, rakyat Malaysia sepatutnya sudah tahu pentingnya mengekalkan perpaduan.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan negara kita pada tahun ini ialah ‘Perpaduan Teras kejayaan’. Tema ini memang harus menjadi sesuatu yang praktikal untuk semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia haruslah sentiasa bersatu-padu tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Kita harus menganggap kita sebagai rakyat Malaysia dan bukan kaum Melayu, Cina, India, Kandazan, Iban ataupun kumpulan yang lain. Bolahkah kita berasa bangga kerana kita merupakan bangsa Malaysia dan bukan kerana kita merupakan kaum yang tertentu? Bolahkah kita semua berusaha mengurangkan jurang antar kaum dalam negara ini dan seterusnya menghapuskannya? Kita mesti ingat bahawa kita merupakan anggota sebuah keluarga yang besar, iaitu Malaysia. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Rakyat Malaysia, semarakkan semangat perpaduan kita semua!

Merdeka, merdeka, merdeka.

Mari kita meneliti apa yang hendak disampaikan melalui lagu ini dan menjadikannya sesuatu yang praktikal.

Lagu tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2008
Perpaduan Teras Kejayaan

Kini semangat jalan seiring
Satu amanah kerjasama
Jadi teras bengsa mulia
Sehati sejiwa

Bangun membantu agar sepakat
Moga terserlah perpaduan
Agar teguh dipersada
Dalam hidup harmoni

Sirami rasa kasih saying
Jadi benteng hidup yang harmoni
Nurani ikhlas
Dihati murni
Menjadi kekuatan kita

Bersatu…bersatu
Bersatu gagah bercerai rebah
Hindarkan hasrat sengketa kita
Perpaduan teras kejayaan

Berpadu…berpadu
Berpadu bulat kata sepakat
Menjadi cita nagara jaya
Perpaduan teras kejayaan

0 comments: